Perkhidmatan Hantar kereta dan motosikal ke Sabah Sarawak yang terbaik
Rizstwo Trading and Services berdaftar dengan SSM (SA0119630-X) adalah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat penghantaran pelbagai kenderaan antara Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Syarikat kami menawarkan perkhidmatan terbaik dengan kos penghantaran yang amat berpatutan. Kami dipertanggungjawab membawa pelbagai jenis kenderaan dari syarikat-syarikat ternama kerana pengalaman dan prestasi syarikat lebih 15 tahun dalam industri ini.
Terdapat empat kaedah penghantaran yang kami ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan kami iaitu:
a) Port to Port
b) Door to Port
c) Port to Door
d) Door to Door
Kami menawarkan khidmat pengambilan kenderaan dari rumah anda bagi yang tidak mempunyai kelapangan masa untuk menghantar kenderaan ke pejabat kami pada harga yang amat berpatutan.
Mengapa Rizstwo Trading and Services
Kami adalah pakar dalam pengurusan penghantaran kenderaan dari kediaman, merentasi lautan, ke destinasi di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Perkhidmatan kami dikendalikan oleh pegawai bertugas yang terlatih dan profesional untuk menjamin keselamatan kenderaan pelanggan kami.