INSURAN MARINE Semasa hantar kereta ke Sabah dn Sarawak.
Pada asasnya, sebuah kenderaan yang berdaftar mesti mempunyai insurans yang masih berkuasa.Namun, insurans kereta biasa hanya melindungi kecurian, kebakaran dan kemalangan. Lindungan insurans hanya atas jalan raya.
Untuk penghantaran melalui laut , sejenis insurans yang dinama Marine Insurans MESTI dibeli.
Marine Insurans adalah insurans yang melindungi kenderaan anda semasa diatas kapal dan ke destinasi anda.Perlindungan bermula dari pelabuhan asal hingga pelabuhan yang dituju. Contoh dari Port Klang ke Port Kucing.
MARINE INSURANCE INI HANYA SAH UNTUK PERLINDUNGAN PENGHANTARAN KENDERAAN MENGGUNAKAN KAPAL SAHAJA (PORT TO PORT). IA TIDAK TERPAKAI DALAM BAGI PENGHANTARAN YANG MELIBATKAN TRANSHIPPMENT (SEPERTI SANDAKAN, LAHAD DATU, TAWAU, SIBU, BINTULU DAN MIRI) DARI PORT DISCHARGE.
Syarikat kami akan menawarkan lindungan marine melalui syarikat insurans terkemukan. Lindungan insurans termasuk:
a) Kapal tenggelam
b) Tsunami
c) Kebakaran
d) Kapal Terbalik
e) Lushing Terputus
f) Perlanggaran Kapal dengan jeti/ sesama kapal
g) Letupan
h) Kecurian standard part kereta ( side mirror, bumper, stereng, lampu, battery etc)
i) Kemalangan kenderaan dalam kapal.
Bayaran untuk marine insurans adalah berdasarkan kepada nilai / harga pasaran sesebuah kenderaan.
Note:
Kadar bayaran paling rendah untuk memiliki Marine Insurance ini ialah RM125 walaupun harga pasaran kenderaan kurang dari RM 33,000
Sebarang tuntutan jika berlaku adalah berdasarkan harga pasaran kenderaan tersebut.
Barang/ Muatan/ Personal Effect yang dibawa oleh pelanggan seperti telefon bimbit, laptop, syiling, Smart Tag dan lain-lain lagi yang diletak kenderaan tidak akan dilindungi insurans ini.
Pihak insurans tidak bertanggung jawab bagi kehilangan aksesori barang tambahan kereta seperti turbometer, speaker tambahan, sub woofer, kamera dan lain-lain lagi. Aksesori Kenderaan Standard SAHAJA ditanggung.